Aku tak sangka cerita peribadi aku telah dicanangkan ke seluruh organisasi. Okay, bukan seluruhlah. Tapi segelintir. Aku tak takut apa bahananya, tapi yang aku marah sangat bila diri aku diburuk burukkan depan beberapa awek seorganisasi aku yang mulutnya saling tak tumpah can kawah Astro. Liputan yang cepat dan meluas. Mula mula aku rasa takde apa sangat, tapi lama kelamaan bahana tu sampai ke seluruh badan aku. Menggigil rasa badan menahan marah. Kerana cerita yang 50-50 betol dan salahnya, hubungan aku dengan sorang kawan yang tidak pernah pula diisytiharkan sebagai kekasih hati renggang. Okeh, tak. Perkataan sesuai, gaduh besar. Puas aku nak memujuk menerang perkara sebenar. Sehingga ke hari ni aku masih menyimpan rasa bengang dan marah pada dia si mulut becok. Tapi perkara tu dah berlalu seminggu yang sudah. Si mulut becok sudah mohon maaf secara terang terangan. Walaupun maaf dipohon, tak semestinya kawah kawah satelit yang lain boleh duduk diam. Kesannya lama dan panjang. Aku terasa tahun depan adalah tahun yang tough untuk aku selagi aku di organisasi ini.
Apa pun... si dia dah berjaya menghilangkan rasa percaya aku padanya. Minta maaflah, lepas ni aku tak mungkin berkongsi cerita peribadi aku dengan sesiapa pun di sini.
2 hari lepas aku kena outstation ke Sarawak. Bukan pengalaman ke Sarawak yang aku nak ceritakan kat sini, tapi sesuatu yang berlaku waktu aku ondeway nak ke KL Sentral.
Masa kat traffic light tak jauh dari umah aku, aku boleh terpandang sorang mamat Ind*ia yang kurang waras lagaknya melintas jalan kat traffic light depan aku dengan keadaan telanjang bulat. Arrrghhh... apala nasib badan, pagi pagi hari yang damai dah terpandang sesuatu yang tak menyeronokkan. Aku tengok ramai jugak yang pandang kat mamat tuh. Tak tau lak aku mata diorang pandang tang mana. Tapi... arrghhh... tensennya kalo diingatkan. Hitam sungguh badannya. Boroi lak tuh. Arrgghhhh!!!
Kesian pulak aku pikirkan. Ntah anak sapa yang terlepas dari kawalan kat rumah tuh. Yang pasti, dia kurang waras. Ntah apa perasaan mak ayah dia bila tau dia takde kat rumah. Err... dengan keadaan tidak berbaju-seluar. Budak besar tuu. Bukan budak kecik!
Masa kat KLIA, aku ternampak kawan lama waktu nak breakfast kat satu cafe. Mulanya aku tak yakin dia kawan aku, takut tegur kan nanti silap orang, aku yang malu. Tapi bila diperhatikan lama lama... betollah tu. Classmate aku waktu kat teknik dulu. Si Ejai namanya. Tengah sarat nampaknya. Aku berdiri kat belakang dia ngan suaminya waktu nak pilih air ngan muffin. Diorang tak perasan aku. Lepas bayar menu, aku dok jauh jauh biar terlindung sket. Yang peliknya, kenapa la berat sangat mulut aku nak tegur diorang. Mungkin pasal kawan kawan suami dia yang ramai tu kot...
Waktu dalam flight, aku dok sebelah suami Ejai. Arrrghhh... macam mana la boleh jadi macam nih. Aku tak sangka diorang pun nak pi Sarawak jugak. Mula mula aku buat dono jer, tapi flight pun ambik masa lama untuk sampai so aku start borak ngan dia. Tanya ni tanya tu... kononnya aku tak tau dia tu sapa. Hehehehe. Sampai ke sudah aku tak bagitau yang aku ni kawan bini dia. Teruk la aku nih!
2 hari kat Sarawak. Bosan. Takde perkara menarik yang boleh dilakukan kecuali buat keje seperti yang diarahkan. Anyway, itulah kali pertama aku jejak kaki kat sana. Okla tu...
Hai kawan-kawan. Macam mana cuti beraya? Sakan? Yang pasti korang semua pasti ada pengalaman menarik selama lebih kurang 10 hari bercuti. Dok gitu? Gitu-gitulah...
Cuti raya tahun ni aku rasa sedikit kelainan. Tahun ni aku dah mampu semula untuk bagi duit raya kat anak-anak buah. Hehe. Suka betol anak-anak buah aku. Ada yang siap mintak, cakap terus terang. Budak budak skang... aku dulu tak pernah tanya, tunggu je orang bagi. Kalo ada, ada. Tak ada, takpelah. Nasib baik aku ada sedikit modal tahun nih. Kalo dibandingkan tahun tahun sudah... huishhh... ingatnya aku yang patut diberi duit raya.
10 hari cuti aku rasa tak cukup. Banyak perkara yang aku buat bukan hal sendiri. Kebanyakan melibatkan family. Pi sana, pi sini, pi sinun... angkut satu family. Err... hal sendiri tu pun bukan apa pun sebenarnya. Selain tido bangun lewat, lepak lepak buang masa dengan kengkawan seangkatan, pi jamming, berjaga sampai ke pagi kat warong kopi kampung sebelah... apa lagi yang aku nak buat. Tapi tulah... semakin meningkat umur aku, ditambah pulak kawan kawan baik ada yang dan beranak pinak terasa macam tak complete pulak bila melepak ngan member member. Tak cukup korum kata orang. Nak melalak, kacau awek lalu lalang ngan motor dah tak jadi aktiviti sosial di kala maghrib kami. Fuh... memori sungguh!
Hari raya ke-3 adik aku selamat bertunang. Orang sibuk urus kenduri kat rumah, aku bantai keluar pi kenduri kawen sorang kenalan (tak kenal sangat pun, huh!). Balik balik je umah, semua hal dah setel. Orang dah balik. Yang tinggal nasik dan gulai. Aku belasah lagi sekali. Gulai mak aku buat lagi sedap daripada yang kat kenduri kenalan tuh. Hampeh! Yang tak bestnya, aku tak sempat jumpa ramai sanak sedara aku yang datang bertandang. Tak sempat tengok sepupu aku yang cun melecun tuh. Ish...! Takpe, raya haji nanti aku pi beraya umah dia. Heheh!
Tahun ni sempat gak aku tempah sehelai baju Melayu. Walaupun bukan stylo sangat tapi memikirkan selama seumur hidup tak pernah tempah baju Melayu, kire cukup hebat lah nih untuk aku. Hijau you... Har har har! Nanti aku pakai waktu Kraftangan buat majlis rumah terbuka hari raya minggu nih kalo tak silap aku. Dengar dengar nak combine sekali ngan KeKKWa. Yang ni kena tanya Nida. Ahaks!
Aku dapat banyak ucapan raya melalui SMS. Siap ada SMS yang sama pun dari orang berlainan. Terima kasih banyak banyak. Tak terbalas aku. Dah ler start malam buat ketupat sampai raya ke-3 line tepon problem. Orang sms boleh terima, tapi kalo orang call nanti aku dapat sms kata ada missed call masuk. Bila aku cuba call orang langsung tak dapat. Baik Celcom atau Maxis, sama saje! Digi, aku tak sure. Pi tanya sesapa yang pakai 016. Apa pun, aku ada hantar banyak jugak kad raya tahun nih. Lebih 20 keping. Ada yang terima sehari selepas aku hantar, yang terima hari nih pun ada jugak. Mak aii... betol betol posmen cuti sakan. Peh!
Hari ni start keje balik. Aku rasa cam pokai pulak. Gaji masuk awal sangat, nak menunggu hujung bulan 11 mak datuk... Mampu bertahan ke dengan balance yang ada skang nih?!! Dah lama tak telan meggi nih. Hehe...

Damn! Lamanya aku tinggal blogging.
Bosannya... hari Ahad pun nak kena datang opis. Sebenarnya datang pun sekadar tengok persediaan kat bilik meeting tu jer. Check projektor, plasma skrin, monitor dan sebagainya supaya takde yang problem. Kot kot meeting pagi esok tergendala plak. Mula mula aku pikir ok jugak datang opis, boleh ambik peluang taip satu entry. Tapi, lepas aku hadap Blogger tetiba minda blur. Cerita apa yang aku nak tulis nih?!! Aiyaa!
Takde cerita sebenarnya. Aku balik jelah. Calo!
Hari ni. Aku. 26.
Apa aku dapat?
Demam 4 hari.
Ada satu hari (ini cerita minggu lepas punya cerita...), aku ngan Din pi karaoke kat Neways, Berjaya Times Square. Aku ikut Din tu pun pasal dia nak aku temankan dia. Segan katanya. Amoi amoi opis dia tengah tunggu. Dah start lama pun sebenarnya. Masa ondeway Din cakap, "Kau jangan terkejut nanti. Kita dua jer Melayu".
Sesampai kitorang kat sana, amoi amoi tu dah habiskan hampir 2 jam kalo tak silap aku. Ada Shelly, Yvonne dan adik pompuan Shelly ntah apa kenamanya. First time aku jumpa amoi opismate Din. Shelly, body baekkkk! (Tapi Din dah booked siap siap! Haha). Yvonne, perghh... Macam Melayu. Seksi bibirnya, macam bibir Angelina Jolikatak. Lawa pulak amoi ni... bisik hatiku. Ewah!
Pertama kali join amoi amoi berkaraoke. Dari mula sampai habis, lagu diorang la yang dok dinyanyinya. Aku pun tangkap layan jugak ler. Paham, memang tak paham ler. Tapi muziknya ok la. Sekali sekala aku ngan Din potong line diorang. Kami sesuka hati je tukar lagu, ambik lagi Melayu. Ahaks! Macam sendiri bayar la pulak.
Atas meja ada 4 gelas besar air kuning jernih. Peh, nampak sedap siot! Bila kami berdua masuk, diorang order lagi 2 gelas. Untuk kami? Ya, untuk kami. Rugi kalau tak order katanya, pasal charge untuk berkaraoke termasuk ngan free drinks ikut kepala. Aku duduk sebelah Yvonne. Dia tolak air tu dekat ngan aku.
"Minumlah. Itu you punya!"
"Sorry, I tak minum."
"Betol?!! Tipu. I tak percayalah!"
"Betol. I tak minumlah."
"Yer kerr.....? Eeee.... tak percayalah. You malu ker? Ambik ler."
"Betolll... I tak minum. I mana boleh minum benda benda macam nih."
"Iyalah tuu. Okaylah..." Sesambil tu Yvonne hulurkan aku sekotak rokok. Lupa dah brand apa.
"Sorry. I tak smoking!"
"Hah. You ni betol ker? Minum tak. Smoking tak. Semua tak!"
"Betollll!"
"Eeeeee... ada lagi yer orang macam you skang. You patut duduk kat muziumlah!"
Hampeh Yvonne nih! Din gelak sakan kat aku. Dia bantai nyanyi jer. Kerana prihatin kat kami yang takde minuman nih, Shelly call waiter order air Coke jer. Okeh, air Coke aku minum! Heh!
Pukul 12 malam sesi karaoke tamat. Amoi belanja semua. Masa nak blah aku usha usha jugak sekeliling. Betol kata Din, dalam ramai ramai pengunjung, kami berdua saja Melayu. Gila!