Monday, February 12, 2007

Laa... si budak Apis nih rupanya baru nak masuk 3 tahun! Gila. Pandai giler bercakap. Gerrem aku kat budak nih!

....................

Fail meja. Apa itu fail meja? Adakah ia seperti fail fail yang banyak kat atas meja kebanyakan staff kat sini? Bawah meja aku pun banyak fail. Mungkin itu fail bawah meja namanya kot!

Minggu lepas HR bagi borang kursus yang dianjurkan oleh 3 buah syarikat. Aku yang tak pernah pi kursus nih memang teringin sangat nak merasa. Mana la tau dapat menambahkan lagi ilmu di dada. Belek punya belek, semua kursus yang dianjurkan oleh ketiga tiga syarikat berkenaan langsung tak menepati citarasa. Pendek kata, takde kaitan ngan tugas kerja aku kat sini. Tapi mengenangkan nak merasa jugak, aku pilih dua kursus dari IN*TAN. Pengurusan fail meja dan pengurusan laman web. Walaupun aku takkan sentuh langsung web web berkaitan tempat keje aku nih tapi aku ambik jelah. At least, laman web tu ada kaitan sket ngan IT. Hehe.

Sebelom balik keje bos datang kat meja aku sambil bawak 2 borang yang aku dah hantar tadi.

"Awak nak buat apa kursus fail meja? Tak perlulah. Ni orang admin bolehlah. Laman web pun... saya rasa tak payahlah. Awak bukan buat web pun!"

Bagus betol bos aku. Kalo macam ni memang takde kursus lah untuk aku.

"Nak buat macam mana bos, itu je yang dirasakan sesuai. Kalo nak diikutkan tugas saya, memang langsung tak berkaitan dengan kursus kursus dalam senarai tuh."

"Awak kursus lain. Nanti saya hantar. Berbayar punya!"

"Yay!"