Friday, February 23, 2007

Tahun ni aku rasakan tahun yang paling sibuk untuk aku. Yelah... nak berforum, berblog dan berkonferen pun tak sempat. Jarang jarang sekali. Apa pun aku masih cuba juga menegur teman teman walaupun sekali sekala.

Aku tak menyesal dengan kerja baru aku nih. Malahan amat bersyukur kerana apa yang aku impikan selama nih dah dapat. Alhamdulillah.

Tahun 2007. Harapnya tak banyak dugaan dan cabaran seperti tahun tahun yang sudah. Serik. Perit. Mintak jauh.

Baru bulan 2 tapi aku dah mula rasa tekanan. Bukan tekanan kerja, tapi bakal masalah yang akan muncul entah bila. Yang pasti, yakinlah ia ada.

Tak percaya?

Aku dah pun kena duga cuti Tahun Baru Cina lepas.

Cirit birit tahap kambeng. Satu hari 7 kali masuk toilet. Ilang habis segala pati dalam perut. Ikut belakang keluar, ikut mulut pun turut keluar. Stokin betol. Menggigil kepala lutut wa cakap lu.

Dugaaannn...