Thursday, March 29, 2007

Semakin hari semakin bizi. Apa nak buat. Kakitangan bahagian aku tak ramai. Masing masing juga bizi. Nak mintak tolong susah sikit ah. Aku masih menantikan kedatangan juruteknik merangkap pembantu aku. Peh, ada anak buah la nanti. Rasa kuasa seorang superior tu macam best pulak. Ahaks!

Sabar untuk aku.

Hampeh sunggoh. Waktu aku nak menulis, waktu macam nilah. Tunggu dulu semua orang blah sampai tinggal 2-3 kerat staf yang blom cabut, itu pun yang dok jauh jauh dari aku... barulah sempat nak update. Kalo tak, maunya tercabut kepala terkejut dek sergahan bos. Nak mampos tulis waktu kerja? Heheh.

Banyak benda rasa nak tulis tapi benda dah lepas. Abaikanlah! Apa yang aku nak katakan, aku baru lepas ambil exam Undang undang Malaysia 2 hari lepas. Aku mengjangkakan result exam tu nombor dua terburuk dalam sejarah exam aku selepas kertas Prinsip Akaun dulu, heh! Deria ke-enam aku menyatakan aku bakal kandas. Siyol ah! Maunya tak gagal, aku tak reti langsung nak jawab soalan. Dah ler cara jawab salah disebabkan tak pernah diajar macam mana nak menjawab, dah tu buku rujukan yang aku beli tak betollah pulak. Huwaaa! Nak beli buku baru dah kering dek penangan kete rosak lagi buat kali ntah ke berapa waktu balik dari exam tuh. Kos repair kete sama banyak ngan installment kete tu sendiri tiap tiap bulan. Kambeng tol!

So wahai kawan kawan sekalian...

Esok aku nak exam lagi sekali. Ini berkenaan jabatan aku pulak. Doakan aku dapat jawab semua soalan supaya aku mampu perolehi result dengan kaler yang berterbangan, ewah!

Doakan! Doakan!

Tak lulus kalu, lambatlah sah jawatan.

Okaylah, cabut dulu. Nak study. Calo...