Tuesday, January 30, 2007

Ada sorang budak umor lebih kurang 3-4 tahun, anak jiran sebelah tengah main basikal depan umah dia. Aku panggil budak tu Apis. Dia nih rapat ngan bebudak umah aku. Asal nampak kami sembang sembang jer terus nak datang join kitorang.

Tengah best aku layan sembang ngan Awie depan umah, tetiba si Apis ni nampak kitorang. Tengok pada gayanya macam nak datang kat tempat kami tapi dilarang dek maknya supaya jangan pi mana mana. Dia berkeras nak pergi jugak. Mak dia tanya, "Abang nak pegi mana?!"

Apis: "Abang nak pergi umah bujang laaa!"

Huyyo. Budak nih, kecik lagik. Nak bercakap pun tergagap gagap sekali jawapan dia buat aku ngan Awie gelak golek golek.

Awie ni gila sket orangnya. Ada je dia nyer idea gila. Dengar je Apis cakap macam tu terus je dia cakap…

"Abang, nanti kalo orang tanya nak ke mana jangan cakap nak ke umah bujang. Cakap le nak pi umah otai!"

Apis: "Ok."

Awie: "Ok cuba... Abang, nak ke mana?"

Apis: "Umah otai!"

Pandai!

Wednesday, January 24, 2007

Hari ni ada berita yang menyedihkan. Seorang staff di level yang sama dengan aku meninggal dunia semalam kerana serangan jantung. Innalillah...

Office sunyi, tinggal berapa kerat jer yang dok melepak kat opis. Lain lain dikatakan telah pergi menziarahi arwah termasuk pengarah aku sendiri. Hmm... tenang pulak rasanya suasana, sunyi daripada gelak tawa mereka mereka. Aku tak pegi. Malas.

Aku rasa keputusan malas tak pergi melawat tak disalah anggap. Ada orang kata tak patut tak melawat, tapi aku rasa daripada pergi ke rumah si mati dengan keadaan ramai orang, duduk kat bawah sambil melepak sembang sembang kosong gelak gelak, dah bosan balik... ada baiknya baik tak payah pergi langsung.

Unless, aku nak tolong mandikan, kapankan, tahlilkan ataupun simpankan. Dah cukup ramai orang yang datang, cukuplah tuh. Ye dak?

Saturday, January 20, 2007

Selamat menyambut awal Muharam. Ada kawan aku tanya, apa azam aku tahun nih. Masa tu aku sedang berada di Masjid Negara sempena sambutan awal Muharam. Err... baca Yasin dan bertahlil bersama Agung dan Pak Lah. Ewah... Imie tahun nih macam alim pulak gayanya.

Biasalah... paksarela. Ahaks!

Well azam aku? Ntah!

Wednesday, January 3, 2007

Hari ni aku daftar diri di Kraftangan Malaysia. Sebagai orang baru warga Kraf. Ya betol, aku dah jadik orang gomen.

Macam tak caya. Ish...

Monday, January 1, 2007

Selamat tahun baru kawan kawan. Aku baru terjaga, setelah tertido hampir berbulan bulan. Ahaks!