Hari ni. Aku. 26.
Apa aku dapat?
Demam 4 hari.
Ada satu hari (ini cerita minggu lepas punya cerita...), aku ngan Din pi karaoke kat Neways, Berjaya Times Square. Aku ikut Din tu pun pasal dia nak aku temankan dia. Segan katanya. Amoi amoi opis dia tengah tunggu. Dah start lama pun sebenarnya. Masa ondeway Din cakap, "Kau jangan terkejut nanti. Kita dua jer Melayu".
Sesampai kitorang kat sana, amoi amoi tu dah habiskan hampir 2 jam kalo tak silap aku. Ada Shelly, Yvonne dan adik pompuan Shelly ntah apa kenamanya. First time aku jumpa amoi opismate Din. Shelly, body baekkkk! (Tapi Din dah booked siap siap! Haha). Yvonne, perghh... Macam Melayu. Seksi bibirnya, macam bibir Angelina Jolikatak. Lawa pulak amoi ni... bisik hatiku. Ewah!
Pertama kali join amoi amoi berkaraoke. Dari mula sampai habis, lagu diorang la yang dok dinyanyinya. Aku pun tangkap layan jugak ler. Paham, memang tak paham ler. Tapi muziknya ok la. Sekali sekala aku ngan Din potong line diorang. Kami sesuka hati je tukar lagu, ambik lagi Melayu. Ahaks! Macam sendiri bayar la pulak.
Atas meja ada 4 gelas besar air kuning jernih. Peh, nampak sedap siot! Bila kami berdua masuk, diorang order lagi 2 gelas. Untuk kami? Ya, untuk kami. Rugi kalau tak order katanya, pasal charge untuk berkaraoke termasuk ngan free drinks ikut kepala. Aku duduk sebelah Yvonne. Dia tolak air tu dekat ngan aku.
"Minumlah. Itu you punya!"
"Sorry, I tak minum."
"Betol?!! Tipu. I tak percayalah!"
"Betol. I tak minumlah."
"Yer kerr.....? Eeee.... tak percayalah. You malu ker? Ambik ler."
"Betolll... I tak minum. I mana boleh minum benda benda macam nih."
"Iyalah tuu. Okaylah..." Sesambil tu Yvonne hulurkan aku sekotak rokok. Lupa dah brand apa.
"Sorry. I tak smoking!"
"Hah. You ni betol ker? Minum tak. Smoking tak. Semua tak!"
"Betollll!"
"Eeeeee... ada lagi yer orang macam you skang. You patut duduk kat muziumlah!"
Hampeh Yvonne nih! Din gelak sakan kat aku. Dia bantai nyanyi jer. Kerana prihatin kat kami yang takde minuman nih, Shelly call waiter order air Coke jer. Okeh, air Coke aku minum! Heh!
Pukul 12 malam sesi karaoke tamat. Amoi belanja semua. Masa nak blah aku usha usha jugak sekeliling. Betol kata Din, dalam ramai ramai pengunjung, kami berdua saja Melayu. Gila!
Emel yang aku reply kat Joe, selepas terima emel darinya mengenai attachment fail mp3, lagu yang band diorang sendiri bikin, Sacred Imperium - Empayar Keramat.
Setelah diperdengari untuk pertama kali, saya rasa cukup berbangga dengan kejayaan penghasilan lagu pertama untuk kumpulan saudara. Apa pun, saya sungguh berdukacita kerana hampir 2 minit terakhir lagu tersebut seperti ada sedikit masalah yang mana tidak dapat dipastikan lagi apakah masalah utamanya. Samada disengajakan oleh saudara atau tidak. Seandainya tidak, ingin saya tanyakan kenapa sound kat belakang belakang terasa sungguh 'heavy', seperti player tak larat nak playkan tali kaset. Terasa terlalu lembap dan meleret leret... Mungkin fail mp3 yang saudara emelkan telah rosak, atau pun saya tak punya software yang bagus untuk memainkan lagu tersebut. Mungkin fail lagu itu mengandungi plug-in yang mana tak ada dalam komputer saya.
Untuk ini, saya harap saudara boleh menjelaskan secara terperinci, atau, mungkin saudara boleh cuba mendengar sekali lagi kat rumah saudara. Jika saudara katakan
dah tak ada apa apa masalah, itu bermakna komputer sayalah yang bermasalah.
Sekian, terima kasih.
Berkhidmat untuk muzik bawah tanah.
- zhoulsz nesferath -
(Pengkritik part-time)
:P
...........................
Ini balasannya...
Firstly, ingin saya mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Encik Zhoulsz kerana sudi meluangkan masa mendengar dan memberi komen kepada penghasilan rehearsal kami yg pertama (yg dah berkurun baru nak siap!) Setelah saya mengkaji selidik dgn berbagai cara termasuk mengiring dan tonggeng terbalik, mmg saya akui ader kelemahan pada pengakhiran lagu tersebut (bak kata org2 melayu lama "Part Ending"). Masalah ini saya rasa berkaitan dgn Tukang Pemukul Rebana kami, Pandaemonic. Ini kerana beliau cuba mempraktikkan teknik Double Pedal yg laju pada bahagian tersebut. Beliau tidak berupaya mengejar riffing gitar dan bass yg berada dlm kelajuan "separa lenguh" itu. Dlm mase yg sama (semasa kami merekod), beliau baru sahaja mengecapi kenikmatan duniawi bersama dgn 'yg tersayang'. Jadi setelah saya berbincang dgn ahli kugiran saya iaitu Encik Puyu, masalah utama yg dpt kami simpulkan di sini adalah, sindrom "Kegagalan Kepala Lutut Pandaemonic Berfungsi Dgn Sempurna!" pada hari tersebut (saya sgt pasti saudara amat memahami sekali maksud tersirat/mendalam saya itu. Hahahahahahah!).
Untuk kepastian, saudara boleh menghubungi Pandaemonic sendiri dan bg dia dgr penghasilan tersebut kerana beliau sendiri pon x mendengari yg versi terkini ini lagi (dia dapat yg sound lagi teruk!). Insyaallah, kami akan lakukan yg terbaik di masa hadapan............
Oh ye (wek!), untuk pengetahuan saudara Zhoulsz mp3 yg saudara dapat tu untuk tujuan rehearsal sahaja bukan utk tujuan komersil lagi.
Apa pon, terima kasih skali lagi saya ucapkan....
Kami masih lagi setahun jagung, baru nak bertatih, kekadang tersembam ke taik ayam jugak....... iyekkk!........ Insyalaah, kami akan memperbaiki lagi prestasi dan mutu penghasilan kami dari masa ke semasa. Kami amat berharap saudara dapat "memollow"kan diri mengikuti perkembangan kami dan kami amat menghargainye. Mungkin kami akan meriliskan sesuatu dalam tahun ni jugak.... sama2 kita doakan yer.......
Akhir skali, saya minta diri dahulu. Kalu ade salah dan silap taip, harap dimaafkan.
Saya sudahi dgn "Majulah Metal Untuk Kelantan Waima Malaysia".
Bye!
(p/s: Aduh penat susun ayat! Wei, Silkhannaz 28 ni pi x? Gua ngan Puyu berhajat nak turun, tapi x konpom lagi....huhuuu)
...........................
Duh... aku keboringan sebenarnya. Tak tau nak update apa. Banyak benda dalam kepala tapi cam takde mood nak publish. Tetiba teringat kat emel nih. Emel pun dah berminggu sebenarnya. Ahaks! Wei Joe, kalo lu baca blog gua sorila ekk. Gua kebuntuan. Taruk emel dari lu pun ok jugak. Ye tak? Haha!