Sunday, April 22, 2007

Ada satu hari (ini cerita minggu lepas punya cerita...), aku ngan Din pi karaoke kat Neways, Berjaya Times Square. Aku ikut Din tu pun pasal dia nak aku temankan dia. Segan katanya. Amoi amoi opis dia tengah tunggu. Dah start lama pun sebenarnya. Masa ondeway Din cakap, "Kau jangan terkejut nanti. Kita dua jer Melayu".

Sesampai kitorang kat sana, amoi amoi tu dah habiskan hampir 2 jam kalo tak silap aku. Ada Shelly, Yvonne dan adik pompuan Shelly ntah apa kenamanya. First time aku jumpa amoi opismate Din. Shelly, body baekkkk! (Tapi Din dah booked siap siap! Haha). Yvonne, perghh... Macam Melayu. Seksi bibirnya, macam bibir Angelina Jolikatak. Lawa pulak amoi ni... bisik hatiku. Ewah!

Pertama kali join amoi amoi berkaraoke. Dari mula sampai habis, lagu diorang la yang dok dinyanyinya. Aku pun tangkap layan jugak ler. Paham, memang tak paham ler. Tapi muziknya ok la. Sekali sekala aku ngan Din potong line diorang. Kami sesuka hati je tukar lagu, ambik lagi Melayu. Ahaks! Macam sendiri bayar la pulak.

Atas meja ada 4 gelas besar air kuning jernih. Peh, nampak sedap siot! Bila kami berdua masuk, diorang order lagi 2 gelas. Untuk kami? Ya, untuk kami. Rugi kalau tak order katanya, pasal charge untuk berkaraoke termasuk ngan free drinks ikut kepala. Aku duduk sebelah Yvonne. Dia tolak air tu dekat ngan aku.

"Minumlah. Itu you punya!"

"Sorry, I tak minum."

"Betol?!! Tipu. I tak percayalah!"

"Betol. I tak minumlah."

"Yer kerr.....? Eeee.... tak percayalah. You malu ker? Ambik ler."

"Betolll... I tak minum. I mana boleh minum benda benda macam nih."

"Iyalah tuu. Okaylah..." Sesambil tu Yvonne hulurkan aku sekotak rokok. Lupa dah brand apa.

"Sorry. I tak smoking!"

"Hah. You ni betol ker? Minum tak. Smoking tak. Semua tak!"

"Betollll!"

"Eeeeee... ada lagi yer orang macam you skang. You patut duduk kat muziumlah!"

Hampeh Yvonne nih! Din gelak sakan kat aku. Dia bantai nyanyi jer. Kerana prihatin kat kami yang takde minuman nih, Shelly call waiter order air Coke jer. Okeh, air Coke aku minum! Heh!

Pukul 12 malam sesi karaoke tamat. Amoi belanja semua. Masa nak blah aku usha usha jugak sekeliling. Betol kata Din, dalam ramai ramai pengunjung, kami berdua saja Melayu. Gila!